Berita

WWE 2K18: Rakaman Dalam Permainan Diperlihatkan Dalam Treler Terbaru

WWE-W2K18-The-Rock
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

2K Sports telah mengeluarkan treler terbaru untuk WWE 2K18, memperlihatkan rakaman pertama dalam permainan.

Walaupun treler ini tidak mendedahkan sebarang butiran baru tentang WWE 2K18, ia memberikan pandangan yang meluas kepada beberapa WWE Superstars dan Legends dari senarai penuh WWE 2K18, termasuk AJ Styles, Kevin Owens, dan Undertaker.

Treler ini mempamerkan gaya kemasukan khas mereka dan juga ahli gusti lain ke gelanggang dan gaya pertarungan mereka dalam pelbagai jenis perlawanan.

Antara nama besar lain yang turut kelihatan di dalam treler ini adalah John Cena, Brock Lesnar, Stone Cold Steve Austin,  dan The Rock.

Anda boleh menonton treler penuh di bawah.

Pelancaran WWE 2K18 untuk PlayStation 4 dan Xbox One akan hadir pada 17 Oktober, dengan versi Nintendo Switch akan hadir beberapa bulan selepas itu.

Bagi anda yang membuat pra-tempahan akan menerima WWE Legend Kurt Angle sebagai bonus percuma, sementara pra-tempahan Deluxe membolehkan anda bermain permainan empat hari lebih awal, pada 13 Oktober.

Sumber: GameSpot

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

WWE 2K18: Dapatkan Edisi Pengumpul John Cena Ini Dengan Harga RM642

WWE Tap Mania: Percuma Untuk iOS Dan Android

WWE 2K18: Sah Akan Tiba Untuk Nintendo Switch

WWE 2K18: Saksikan Kurt Angle Dalam Treler Rasmi Sebagai Bonus Pra Tempahan

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.