Berita

WWE 2K18: Sah Akan Tiba Untuk Nintendo Switch

sethrollins
Diolah oleh hang92

WWE 2K18 kini diumumkan sah boleh dimainkan pada Nintendo Switch, menjadikan ia permainan gusti WWE pertama yang boleh dimainkan pada platform Nintendo dalam tempoh lima tahun.

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Nintendo mempunyai permainan gusti adalah pada tahun 2012 untuk platform Nintendo Wii yang bertajuk WWE ‘13.

Maka, ura-ura yang kita dengar sebelum ini bahawa WWE 2K18 turut akan dilancarkan untuk Switch adalah benar belaka. Anda boleh baca pautan di bawah jika anda ingin mengetahui tentang ura-ura tersebut.

Baca juga – WWE 2K18: Maklumat Tertiris Menyatakan Bahawa Turut Dilancarkan Untuk Nintendo Switch

Hal ini adalah berita gembira untuk pemilik Switch secara amnya. Paling menarik, WWE 2k18 ini adalah versi penuh bukan seperti FIFA18 yang akan kehilangan dua ciri penting. WWE 2k18 versi Switch turut mempunyai kempen MyCareer dan Road to Glory iaitu mod kerjasama dua pemain.

WWE 2K18 akan dilancarkan pada 17 Oktober ini pada PlayStation 4 dan Xbox One. Untuk versi Nintendo Switch pula, permainan ini akan dilancarkan pada ‘musim luruh 2017’

sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.