Berita

WWE 2K18: Saksikan Kurt Angle Dalam Treler Rasmi Sebagai Bonus Pra Tempahan

Diolah oleh hang92

Berita tentang kemunculan bintang lagenda WWE, Kurt Angle telahpun diumumkan oleh pihak 2K pada minggu lepas. Namun tiada treler rasmi mengikuti berita ini pada minggu lepas.

Tetapi kesinambungan treler ini sangat menarik. Treler ini mengisahkan tentang kemusnahan yang telah terjadi selepas dirosakkan oleh bintang WWE iaitu Seth Rollins selepas dia membakar bangunan WWE. Kemudian datang seorang watak lain yang dan melalui tempat yang dimusnahkan itu. Akhirnya, watak yang terakhir itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, iaitu Kurt Angle – nampak tua dah dia ni

WWE 2K18 akan dilancarkan pada 17 Oktober 2017 untuk PlayStation 4 and dan platform lain. Bagi sesiapa yang sudah membuat pra pesanan Deluxe Edition boleh bermain empat hari awal daripada tarikh pelancaran bermula daripada 13 Oktober 2017.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.