Berita

Xbox Design Lab: Ubahsuai Pengawal Xbox Anda Menjadi 1 Dalam 1000

Diolah oleh hang92

Microsoft kini memperkenalkan pengawal Xbox berwarna-warni yang boleh diubahsuai ke Eropah hari ini. Ini bermakna pemilik Xbox One di sana boleh mendapatkan pengawal dari Design Lab Xbox.

Pengawal in boleh didapati di UK bermula dari harga £ 69.99 atau ~ RM 377 dengan penghantaran percuma. Microsoft berkata Design Lab Xbox akan tiba di lebih banyak negara Eropah lain pada musim panas ini.

Pengawal Xbox ini mempunyai sistem Bluetooth untuk kawalan yang lebih baik, dan pemegang getah yang mencengkam bahagian belakang panel. Anda boleh mengubahsuai kebanyakan bahagian pengawal dengan warna-warna yang berbeza, termasuk depan dan belakang panel atau dan di bahu pengawal serta D-pad.

Microsoft juga berkata lagi terdapat kira-kira lapan juta kombinasi warna yang boleh didapati, dan anda juga akan dapat mengukir beberapa perkataan menggunakan laser di bahagian depan pengawal untuk menulis ID anda atau apa-apa sahaja.

Microsoft juga menggunakan genggaman bergetah berwarna hitam untuk semua pengawal Xbox Design Lab dan bersama empat pilihan warna lain serta 11 warna untuk dipilih pada kayu analog anda.

sumber: theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.