Ura-ura

Xbox Game Pass : Kini Anda Boleh Menyewa Permainan

Diolah oleh hang92

Percubaan Sony dengan PlayStation Now adalah satu langkah yang hebat, tetapi harganya adalah sangat mahal dan perpustakaan permainan Sony nampaknya adalah kecil.

Selain itu, bukan semua pemilik mempunyai talian internet yang kukuh.

Beberapa hari lalu, Microsoft telah melancarkan perkhidmatan baru yang sangat menarik dipanggil Xbox Game Pass, sebuah program memperbaiki banyak masalah daripada PlayStation Now.

Untuk $ 9,99 (~ RM 44.50) sebulan, pemilik Xbox One boleh melanggan dan mendapat akses kepada perpustakaan permainan yang mempunyai lebih seratus tajuk permainan yang berbeza.

Untuk mendaftar untuk pelan ini adalah sangat mudah. Anda hanya perlu membayar untuk sebulan perkhidmatan, kemudian menuju ke bahagian menu Membership and Apps.

Pilih permainan yang anda sukai, muat turun, tunggu sehingga ia dipasang pada konsol anda, dan tadaa – kini anda boleh bermain permainan pilihan anda dengan cepat sekali.

Permainan baru akan masuk dan yang lama akan keluar pada setiap bulan (tidak seperti Netflix).

Dan jika anda membiarkan langganan anda luput, anda tidak akan dapat mengakses permainan yang dimuat turun melainkan anda ada membeli cakera permainan tersebut.

Microsoft ada mengeluarkan versi beta dalam Game Pass tetapi hanya beberapa permainan boleh didapati :

  • A Kingdom for Keflings
  • Banjo-Kazooie
  • Comic Jumper
  • Dark Void
  • Defense Grid 2
  • Gears of War: Judgement
  • Gears of War: Ultimate Edition
  • Halo: Spartan Assault
  • Hexic 2
  • Jetpack Refulled
  • Kameo
  • Max: The Curse of Brotherhood
  • Monday Night Combat
  • Ms. ‘Splosion Man
  • Operation Flashpoint: Dragon Rising
  • Perfect Dark Zero
  • Sacred 3
  • Sam & Max: Beyond Time and Space
  • Sunset Overdrive
  • The Maw
  • Viva Pinata

Walaupun kebanyakan permainan merupakan yang lama tetapi ada beberapa tajuk yang hebat di sini.

Lagipun ianya adalah percuma jadi kami tidak menjangkakan permainan yang popular pada 2017.

Jika anda telah ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.