Berita

Xbox One Akan Memperluaskan Lagi ‘Backward Compatibility’

Diolah oleh hang92

Semasa persidangan E3 hari ini, Microsoft telah mendedahkan bahawa mereka akan memperluaskan lagi sistem keserasian ke belakang, backward compatibilty yang sedia ada dengan pilihan permainan dari Xbox generasi pertama. (Buat masa ini hanya permainan Xbox 360 yang disokong.)

Tidak banyak butiran mengenai perkembangan pada persidangan tersebut, tetapi bos besar Xbox, Phil Spencer menyatakan bahawa permainan ini akan dilihat dan dimainkan dengan lebih baik pada Xbox One.

Penambahbaikan dan pengembangan fungsi keserasian ke belakang ini akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Sehingga kini, terdapat sebanyak 385 permainan Xbox 360 yang boleh disokong Xbox One menggunakan sistem keserasian ke belakang.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.