Berita

Xbox One Akan Menyokong Kawalan Papan Kekunci Dan Tetikus Tidak Lama Lagi

xbox-one-papan-kekunci-tetikus
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bercakap di panel PAX hujung minggu lalu, Naib Presiden Xbox Dan Permainan Windows, Mike Ybarra, mengesahkan bahawa kawalan papan kekunci dan tetikus pasti akan datang ke Xbox One, tetapi tidak menyebut permainan terawal manakah yang akan menyokong ciri ini terlebih dahulu.

Beliau mengutarakan keprihatinan berkaitan ‘keadilan,’ bagaimana mereka yang bermain dengan papan kekunci dan tetikus akan mempunyai kelebihan ke atas konsol. Beliau berkata, ‘kami akan melatih pembikin untuk berkata, “Lihat, anda perlu memikirkan dari skop permainan multiplayer anda“. Sekiranya anda mempunyai permainan yang kompetitif, pemain mungkin mahu memilih untuk mengatakan, “Saya akan bermain dengan pemain yang menggunakan papan kekunci dan tetikus“, “Saya akan bermain dengan hanya pemain yang menggunakan pengawal,” atau, “Saya akan bermain dengan mana-mana pemain.

Terdapat banyak kebimbangan mengenai kemasukan sokongan tetikus dan papan kekunci pada Xbox One, terutamanya untuk pemain penembak kompetitif. Sekiranya pemain mempunyai tetikus, pemain boleh bertukar arah dengan pantas bersama ketepatan yang tepat, sedangkan pada pengawal, menetap kelajuan analog mendatar mungkin membuat pemain lebih cepat, tetapi pemain akan kehilangan ketepatan dalam proses itu.

Ianya masih samar untuk melihat permainan apakah yang akan menyokong ciri ini, tetapi selagi pemaju menitikberatkan mengenai kebolehan pemain untuk memilih sama ada mahu bermain dalam talian dengan pemain yang menggunakan papan kekunci dan tetikus atau pengawal, ciri ini boleh menjadi satu penambahan yang menarik.

Sumber: WindowsCentral

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.