Imbasan

Xbox One – Imbasan Permainan Percuma Untuk Dimiliki

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Tidak menghairankan bahawa industri permainan kini mengambil model permainan percuma secara serius kerana ingin menarik pemain menggunakan konsol mereka.

Xbox juga tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan Xbox Gold

Xbox Games with Gold adalah satu percubaan Microsoft untuk menandingi program PlayStation Plus daripada Sony, yang memberikan pemain tajuk permainan percuma setiap bulan.

Dengan program ini, ahli-ahli Xbox Live Gold layak menerima pelbagai permainan percuma di Xbox  Store setiap bulan.

Dibawah adalah senarai permainan yang terbaik unuk dimiliki ;

1 – Warframe

Permainan video Warframe setakat ini telah berjaya untuk menarik minat para pemain video. Jika anda mahu bermain permainan aksi bercirikan penembak ketiga dan dalam masa yang sama ingin berjimat, maka inilah permainan yang anda patut cuba.

Permainan ini menyediakan tempat pertempuran yang boleh dipilih seperti planet Pluto, Bulan, Planet orang kerdil Ceres dan Sedna dengan berbagai jenis perisai untuk digunakan .

2 – Killer Instinct

Kebangkitan semula francais pertempuran klasik Killer Instinct adalah satu kejutan yang cukup menarik apabila ia diperkenalkan oleh Microsoft sebelum pelancaran Xbox One. 

Permainan ini adalah untuk mereka yang gemar permainan bercirikan fighting dan mempunyai mod single player dan juga multiplayer. Killer Instinct terus berkembang dan diperhalusi, dengan kemas kini terbaru dengan kemasukan watak baru membuatkan ia berasa seperti pengalaman segar walaupun permainan ini dikeluarkan pada tahun 2013.

3 – Neverwinter

Pertama, ianya percuma – jika tidak ia tidak akan berada dalam senarai ini. Kedua, permainan ini boleh dikatakan permainan pertama yang menawarkan pengalaman MMO di platform Xbox One.

Walaupun permainan bercirikan MMO sangat popular di platfrom PC kerana kemudahan untuk mengawalnya. Tetapi Neverwinter berjaya menyelesaikan masalah ini untuk peminat konsol.

Cryptic Studios telah melakukan kerja yang baik dalam pengawalan permainan ini melalui pengawal Xbox One dengan urutan butang yang mudah untuk dikawal dan hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk dipelajari.

4 – Smite

Smite adalah permainan video fantasi 3D di mana pemain akan mengawal karakter mitos dewa. Permainan ini bercirikan MOBA(Multiplayer online battle arena) – dengan pandangan orang ketiga.

Terdapat pelbagai mod tambahan dan peta untuk dicuba.Seperti mana-mana MOBA,  walaupun visual agak kaku tetapi permainan ini sangat menarik untuk dicuba. Anda juga ada mempunyai pilihan untuk membeli setiap karakter dewa yang ada.

5 – World of Tanks

Jika ditanya siapa yang memerlukan pergelutan dalam jumlah kecil apabila anda boleh mengambil bahagian dalam pertempuran 15 lawan 15 menentang kereta kebal lain.

World Of Tanks tidaklah  rumit walaupun mempunyai bilangan permain secara berbilang yang besar.

World Of Tanks menyediakan lebih daripada 400 kereta perisai dan enam jenis permainan untuk digunakan dalam pertempuran.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, permainan Xbox One yang diambil dari Games with Gold akan berhenti berfungsi setelah langganan anda berakhir.

Permainan akan terikat kepada akaun anda, tetapi anda tidak boleh memainkan permainan ini semasa tempoh di mana anda tidak mempunyai langganan Gold yang aktif.

sumber : tekrevue

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.