Berita

Xbox One – Pengecas Bateri Energizer Dipanggil Semula Kerana Cair

Diolah oleh hang92

 Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan untuk memanggil balik produk Pengecas Smart Energizer Xbox One 2X.

Mereka memberitahu bahawa Energizer telah bersetuju tentang penarikan balik ini secara sukarela di bawah sistem Fast Track Recall.

Program Fast Track ini dikendalikan oleh firma yang berkenaan, yang diminta untuk bekerjasama dengan  Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat untuk mengumumkan penarikan balik dan membetulkan semula produk untuk melindungi pengguna.

Menurut notis panggilan itu, Energizer menerima 24 laporan daripada pengecas yang terlalu panas dan merosakkan bentuk penutup plastik pengecas.

Energizer juga menerima enam laporan pengecas mengenai ada bau yang terbakar. Nasib baik tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : mybroadband

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.