Berita

Xbox One X Adalah Topik Yang Paling Banyak Dibicarakan Di E3 2017

sony-nintendo-xbox
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Xbox One X adalah topik hangat yang paling banyak dibicarakan semasa E3 2017, menurut data terbaru. Microsoft memulakan sidang akhbarnya dengan memperkenalkan konsol terbaru mereka itu.

Menurut platform kecerdasan sosial (social intelligence) Synthesio, Microsoft menjadi perhatian di E3 2017 dengan 26.04% pengguna di atas talian membicarakan tentang syarikat ini. Xbox One X telah dimasukkan ke dalam peratus itu dengan  71.20% membicarakan tentang konsol ini. Diikuti oleh Forza dengan 10%, dan Sea of Thieves mempunyai 8.12%. Halo dan Gears of War mempunyai hampir 10% daripada peratus Microsoft, walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai siri ini telah dibuat semasa E3 tempoh hari.

Di tempat kedua adalah Nintendo. 36% daripadanya adalah Nintendo Switch, Super Mario Odyssey dengan 31.8%, dan 9.81% adalah untuk Metroid dan Splatoon 2. Sementara Rabbids mempunyai hanya lebih 10%, digabungkan.

Di tempat ketiga adalah EA dengan 21.85%. Majoriti yang berkaitan dengan EA ditumpukan kepada Star Wars Battlefront 2 dan FIFA 18.

Keempat adalah Activision, yang mendapat 9.64% walaupun tidak mengadakan sidang media mereka sendiri dan Ubisoft mendapat 7.25%, dengan 88.95% ditumpukan kepada Assassin Creed Origins. Lebih menarik lagi, Ubisoft mendedahkan bahawa treler Beyond Good and Evil 2 berada di kedudukan lebih rendah daripada Far Cry 5 (10%) dan juga Tom Clancy (1.11%),  walaupun tidak disebut semasa di E3.

Agak menghairankan, Sony mendapat 6.17% dan berada di tempat ketujuh, di atas Bethesda (kelapan) dan Take-Two (kesembilan). Walaupun syarikat itu memperkenalkan beberapa permainan menarik seperti Spider-Man. Beberapa tajuk baru dan DLC telah diperkenalkan tetapi kebanyakannya terdiri daripada rakaman baru permainan yang sudah diketahui peminat.

Tidak pasti sama ada data ini akan memberi kesan kepada penjualan permainan sebenar. Beberapa permainan tidak akan dikeluarkan sehingga tahun hadapan dan perbincangan di media sosial mengenai permainan-permainan ini mungkin akan hilang dan suram di makan waktu.

Sumber : GameRant

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Senarai Video Sony Terbaik Di E3 2017

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.