Berita

Xbox One X: Akan Dijual Dengan Harga RM 2128

Diolah oleh Konsol

Nampaknya ura-ura sebelum ini bahawa Project Scorpio atau nama rasminya Xbox One X akan dijual dengan harga yang agak tinggi ternyata benar.

Sebentar tadi, pihak Microsoft baru sahaja mengesahkan bahawa Xbox terbaru mereka ini akan dijual dengan harga USD 499.

Berdasarkan tukaran matawang ketika ini, Xbox One X ini akan dijual sekitar RM 2128.00 di pasaran Malaysia. Tetapi ini adalah tukaran secara terus yang telah kami buat pada Google Currency Convertor.

Tetapi, mengikut pengalaman kami, harga ini pasti akan meningkat sekitar RM 200.00 ke RM 300.00 apabila ia dijual secara rasminya di Malaysia.

Baca Juga: Xbox One X: Nama Rasmi Untuk Konsol Project Scorpio Microsoft

Ini semua adalah kerana para penjual akan mengambil kira cukai dan keuntungan ketika menjual Xbox One ini.

Sebenarnya kami juga agak terkejut dengan pengumuman pihak Microsoft ini kerana dengan harga yang melebihi RM 2000, sudah tentu kebanyakan pemain permainan video di Malaysia akan terus membeli Playstation 4 Pro kerana harganya yang jauh lebih murah.

Mungkin pihak Microsoft melihat kepada teknologi yang mereka telah ketengahkan bersama Xbox One X ini, dan seterusnya menjadikan perkara ini sebagai dasar untuk meletakkan harga.

Baca Juga: Xbox One Akan Memperluaskan Lagi ‘Backward Compatibility

Rumusan

Jadi jika Xbox One X bena-benar boleh memberikan pengalaman tahap baru kepada pemiliknya ketika bermain permainan video, kami rasa ia sesuatu yang berbaloi untuk dilaburkan.

Walaubagaimanapun, sama-samalah kita nantikan pelancaran Xbox One X ini dan mengujinya sebelum kami dapat membuat kesimpulan bahawa adalah berbaloi untuk membeli Xbox One X ini kelak.

Anda pula bagaimana, sanggupkah melabur untuk membeli Xbox One X ini? Kongsikan bersama kami

Sumber:GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.