Berita

Xbox One X Akan Dilancarkan Secara Rasminya Pada 11AM, 7 November Ini

Diolah oleh hang92

Pada hari ini Microsoft telah mendedahkan acara untuk majlis perasmian konsol terbaharu keluaran mereka, Xbox One X.

Siaran secara langsung secara livestream akan ditayangkan kepada anda terus daripada kota New York dan anda boleh melayari pelbagai platform internet seperti MixerTwitchFacebook, dan YouTube Live.

Siaran secara langsung ini akan ke udara pada pukul 8 PM Masa Pasifik, 6 November mengikut waktu New York (dianggarkan pada pukul 11 pagi, 7 November waktu Malaysia) dan akan bersiaran selama satu jam.

Jika secara kebetulan anda berada di New York, anda sendiri boleh menyaksikan perasmian Xbox One X ini di Microsoft Store yang terletak di Fifth Avenue. Microsoft juga akan mengedarkan beberapa buah tangan Xbox dan anda juga layak memenangi TV Samsung QLED 4K jika anda berada di sana.

Jika anda perasan Microsoft telah mempromosikan konsol Xbox One X dengan begitu hebat sekali. Bermula dengan menceritakan tentang kehebatan konsol ini sehingga ke tajuk-tajuk permainan eksklusif. Semua ini atas dasar untuk menguasai pasaran konsol dunia ini.

sumber: Xbox Wire

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Pihak Microsoft Ingin Anda Leka Dan Lalai Ketika Bermain Xbox One X

Jualan Xbox One X Akan Melebihi Daripada PS4 Pro Kata Penganalisis

Ketua Operasi Xbox Lebih Membandingkan Xbox One X Dengan PC Berbanding PS4 Pro

Xbox One X Merupakan Pra-Pesanan Terlaris Dalam Sejarah Xbox

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.