Berita

Xbox One X: Dibina Berdasarkan MaklumBalas Peminat, Bukan Sebab Pesaing

Diolah oleh Konsol

Rata-rata peminat permainan video di seluruh dunia berpendapat bahawa konsol terbaru daripada Microsoft iaitu Xbox One X dibina atas dasar persaingan yang diterima daripada Sony Playstation Pro.

Baca Juga: Xbox One X: Nama Rasmi Untuk Konsol Project Scorpio Microsoft

Walaubagaimanapun, mengikut ketua pasukan pembangun Xbox iaitu Phil Spencer, Xbox One X dibina berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh peminat konsol Xbox dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan persaingan daripada konsol-konsol lain seperti Playstation dan juga Nintendo Switch.

Memetik kata-kata beliau ketika bercakap pada Giant Bomb – “Sampai pada suatu ketika, saya dan juga seluruh pasukan pembangun Xbox cuba untuk menjadi lebih terbuka dengan mengambil kira pelbagai komen dan maklum balas yang diterima dari seluruh peminat Xbox.”

“Selain daripada itu, saya juga adalah seorang yang sangat aktif di rangkaian media sosial permainan video.”

“Jadi apabila saya cuba berkomunikasi bersama perminat permainan video contohnya di akaun Twitter saya, pelbagai komen dan maklum balas yang bernas telah pun saya terima. Berdasarkan maklum balas ini, maka kami lahirkan Xbox One X.”

Sementara itu, beliau juga berkata – “Seingat saya, dahulu jenama Xbox sendiri sering sinomim dengan kehebatan dan kebolehan teknologinya. “

“Dari kebolehan spesifikasi perkakasan seperti unit pemprosessan, kekuatan RAM dan grafik sehinggalah kepada kekuatan dan ketahanan binaannya.”

Baca Juga: Xbox One X Adalah Topik Yang Paling Banyak Dibicarakan Di E3 2017

“Semua perkara ini yang menjadikan Xbox itu jenama yang disayangi peminat dan disegani pihak lawan. Jadi kami tidak pernah merasakan pembangunan Xbox generasi baru ini adalah kerana persaingan”

Rumusan

Jadi, benarlah bahawa konsol terbaru Microsoft ini dibina berdasarkan dari maklumbalas peminat.

Yelah, sekarangkan zaman dimana komunikasi dihujung jari, jadi bagus kami rasakan pihak Microsoft cuba memasukkan perminat ke dalam sebahagian daripada pasukan pembangun kepada produk-produk mereka.

Barulah industri permainan video dapat terus berkembang dengan maju dan pesat. Disamping tiadalah produk syok sendiri dihasilkan, ye tak 🙂

Apa kata anda? Kongsikan pandangan anda bersama kami…

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.