Berita

Xbox One X: Dua Lagi Permainan Diumumkan Boleh Dimainkan Pada 4K Ultra HD

Diolah oleh hang92

Xbox One X secara rasminya telah diumumkan pada E3 2017, semasa di dalam pengumuman, Microsoft ada menyatakan konsol terbaru mereka akan menyokong pelbagai tajuk permainan pada resolusi 4K. Pada hari ini, mereka telah mengumumkan bahawa dua lagi tajuk permainan boleh dimainkan pada resolusi “4K Ultra HD.”

Di dalam laman web rasmi Xbox, permainan terbaru yang telah diumumkan adalah The Evil Within 2 dan Wolfenstein II: The New Colossus dimana masing-masing mempunyai logo seperti “Xbox One X Enhanced,” “HDR,” dan “4K Ultra HD”. Kedua permainan ini akan menyertai permainan Xbox One X lain yang turut disokong oleh keupayaan 4K seperti Crackdown 3, Assassin’s Creed: Origins, Sea of Thieves, dan banyak lagi.

Selain permainan baru, ada juga permainan lama yang turut dinaik taraf untuk menerima keupayaan 4K apabila konsol Xbox One X dilancarkan kelak. Permainan ini termasuklah Gears of War 4, Forza Horizon 3, Killer Instinct, Minecraft, dan Halo 5.

Xbox One X akan dilancarkan pada 7 November ini dengan harga USD 499 (~RM 1923) 

The Evil Within 2 dan Wolfenstein II merupakan permainan yang telah diumumkan semasa E3 tahun ini. Jika anda terlepas video treler, maka anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.