Berita

Xbox One X: Kemaskini Percuma Bagi Permainan 4K Akan Hadir Pada Xbox One X

Diolah oleh Konsol

Seperti semua sedia maklum, kisah tentang Xbox One X iaitu siri konsol terbaru oleh Micorosoft akan hadir pada menemui pasaran tidak lama lagi.

Kebanyakan pemain permainan video sebenarnya agak terkejut dengan harga yang melangkaui RM 2000.00 yang telah diumumkan oleh pihak Microsoft bagi konsol Xbox One X ini.

Tetapi harus diingatkan, Xbox One X ini adalah sebuah konsol permainan video berstatus Raksasa. Teknologi yang hadir juga pada konsol ini bukanlah calang-calang, sehinggakan apabila ia dilancarkan kelak, Xbox One X ini akan menjadi konsol tercanggih dan terhebat yang kita boleh dapatkan di pasaran.

Baca Juga: Xbox One X: Nama Rasmi Untuk Konsol Project Scorpio Microsoft

Walaupun dijual pada harga yang tinggi, tetapi nampaknya pihak Microsoft tidaklah begitu zalim. Ini kerana meraka telah pun mengumumkan bahawa Xbox One X ini akan didatangi berserta dengan kemaskini permainan video 4k secara percuma.

Terima Kasih Microsoft 🙂

Antara permainan video yang akan menerima kemaskini percuma ini termasuk Gears of War 4, Killer Instinct, Minecraft, Forza Horizon 3, Halo Wars 2 dan lebih daripada 30 permainan lain yang bakal diumumkan nanti.

Rumusan

Jadi dengan pengumuman oleh pihak Microsoft ini, adakah anda merasakan berbaloi untuk memliki Xbox One X ini. Kongsikan bersama kami.

Sony jarang bermurah hati macam ni, fikir-fikirkan 🙂

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.