Berita

Xbox One X Merupakan Pra-Pesanan Terlaris Dalam Sejarah Xbox

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Xbox One X, konsol baharu yang akan datang dari Microsoft, merupakan satu fenomena konsol yang paling berjaya untuk syarikat itu.

Dalam kenyataan baru yang dikeluarkan, Microsoft mengesahkan bahawa Xbox One X adalah konsol Xbox yang paling banyak di pra-pesan setakat ini, bukan satu pencapaian kecil memandangkan hanya Project Scorpio Edition telah disediakan untuk pra-pesanan minggu ini.

xbox-one-project-scorpio-edition

Naib Presiden Pemasaran Xbox, Mike Nichols, menerbitkan satu surat untuk berterima kasih kepada komuniti Xbox untuk sokongan awal mereka kepada Xbox One X:

Kami tidak sabar untuk menanti 7 November. Keseronokan dan keterujaan semakin meningkat – daripada pemaju yang telah membangunkan lebih daripada 100 permainan baru dan sedia ada akan dipertingkatkan untuk Xbox One X,  sehingga lebih 300,000 peminat di Eropah yang mendapat peluang untuk mengalami kuasa penuh Xbox One X minggu ini.

Xbox One X juga telah menerima anugerah Gamescom 2017 bagi perkakasan terbaik. ANDA telah membuat Xbox One X menjadi pra-pesanan terlaris dalam sejarah Xbox. Dari kami semua di pasukan Xbox, terima kasih!

Oleh kerana Project Scorpio Edition telah habis terjual di kebanyakan negara, pelanggan mengalami kesulitan untuk mendapatkannya. Walau bagaimanapun, ianya akan berubah tidak lama lagi, kerana butiran mengenai edisi standard konsol dan pra-pesanan akan datang bulan depan.

Konsol Xbox One X akan dilancarkan pada 7 November ini.

Sumber: wccftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Treler Terbaru Forza 7 Menunjukkan Keindahan Grafik Dan Cara Permainan Pada Xbox One X

Xbox One X Project Scorpio Telah Dibuka Untuk Pra Tempahan

Lebih Daripada 100 Permainan Bakal Dipertingkatkan Untuk Xbox One X

Kemas Kini Xbox One Akan Datang Memperkenalkan Microsoft Fluent Design

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.