Berita

Xbox One X Mungkin Akan Terjual Sebanyak 17 Juta Unit Menjelang Tahun 2021

Diolah oleh Konsol

Walaupun pihak Microsoft telah cuba sedaya upaya dalam mempromosikan konsol teragung mereka buat masa ini iaitu Xbox One X. Tetapi angka jualan konsol pada masa hadapan masih lagi diragui oleh pelbagai pihak.

Ini kerana salah satu sebab jualan konsol Xbox sebelum-sebelum ini tidak begitu memberangsangkan kerana kurangnya permainan yang menarik dan eksklusif pada konsol keluaran Microsoft ini.

Jika dilihat pada kekuatan spesifikasi, memang tidak dinafikan, konsol terbaru keluaran Microsoft ini adalah konsol paling berkuasa di muka bumi pada saat ini.

Tengok sahaja pada kebolehan pemprosessan Xbox One X ini yang jauh meninggalkan konsol-konsol lain yang ada di pasaran ketika ini.

Ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa pihak Microsft memandang serius untuk menghasilkan sesuatu konsol.

Dengan semua kebolehan spesifikasi yang diberi, adakah konsol Xbox One X ini akan mendapat tempat di hati peminat permainan video sekaligus menaikkan angka jualan untuk konsol ini?

Baru-baru ini, mengikut sebuah syarikat penganalisis jualan konsol iaitu DFC Projection telah mengeluarkan satu jangkaan tentang angka jualan bagi konsol terbaru keluaran Microsoft ini.

Mengikut analisa pihak DFC Projection, Xbox One X akan terjual sebanyak 17 juta unit menjelang tahun 2021 nanti.

Boleh dikatakan angka jualan sebanyak 17 juta unit ini, adalah satu angka jualan yang sangat memberangsangkan dan membanggakan bagi pihak Microsoft.

Dengan jumlah 17 juta unit jualan, kita akan melihat siri Xbox One yang telah dikeluarkan oleh Microsoft bermula dengan Xbox One, Xbox One S dan yang terbaru Xbox One X akan mengumpul jumlah jualan sebanyak 63 juta unit yang terjual secara keseluruhan.

Rumusan

Walaubagaimanapun, ini semua baru sekadar jangkaan yang dibuat hasil dari kajian dan analisa pasaran yang dilakukan oleh pihak DFC Projection.

Adakah perkara ini akan menjadi kenyataan dengan Xbox One X akan terjual sejumlah 17 juta unit atau lebih?

Adakah anda merasakan Xbox yang dilancarkan kali ini menarik minat anda untuk memilikinya?

Sama-samalah kita nantikan apabila konsol Xbox One X ini memulakan jualannya tidak lama lagi.

Kongsikan pendapat anda bersama kami ūüôā

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.