Berita

Xbox One X: Nama Rasmi Untuk Konsol Project Scorpio Microsoft

Diolah oleh hang92

Microsoft nampaknya telah melupakan nama Project Scorpio yang kita dengar selama ini. Versi konsol yang dinaik taraf daripada Xbox yang pada asalnya dikenali sebagai Projek Scorpio sudah mempunyai nama rasmi.

No Caption Provided

Semasa persidangan E3 2017, Microsoft seperti tidak sabar untuk memberitahu penonton bahawa konsol ini telah dinamakan sebagai konsol Xbox One X.

Konsol ini merupakan konsol yang paling berkuasa setakat ini, mengalahkan mana-mana konsol yang lain termasuk PS4 Pro. Konsol XB1X ini dilengkapi dengan CPU lapan-teras, GPU enam teraflop, dan 12GB GDDR5 RAM.

Xbox One X akan membuahkan resolusi 4K dan boleh melaksanakan paparan sehingga 1080p. Dan sehingga hari ini, XB1X juga adalah merupakan saiz yang paling kecil berbanding konsol Xbox lain.

Saksikan video pelancaran XB1X dibawah ini;

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.