Berita

Xbox One X Project Scorpio Telah Dibuka Untuk Pra Tempahan

Diolah oleh hang92

Microsoft telah pun mendedahkan Xbox One X kepunyaan mereka di E3, dan kini mereka telah membenarkan pengguna untuk membuat pra tempahan konsol tersebut sebelum tarikh pelancaran konsol Xbox One X pada 7 November ini.

Selain itu, Microsoft turut menjual edisi konsol istimewa Xbox One X yang diberi nama Xbox One X: the Project Scorpio Edition. Yang berharga USD 499 (~ RM 2200), Xbox One X Project Scorpio Edition agak berlainan sedikit daripada konsol Xbox One X kerana mempunyai rekabentuk yang menarik pada konsol tersebut, termasuk perkataan Project Scorpio yang telah diabadikan pada pengawal dan juga konsol itu.

Rupanya, kami juga keliru kenapa semasa mula-mula pengumuman untuk projek terbaru Microsoft diberi nama kod nama Projek Scorpio. Ada edisi istimewa yang akan dikeluarkan di sebalik alasan ini. Malah harga yang dijual juga sama seperti versi Xbox One X edisi standard maka jika anda berminat untuk membelinya, anda perlu tabah dan kuatkan hati jika berhadapan dengan kehabisan stok.

Anda boleh membuat pra tempahan untuk konsol ini pada kedai runcit digital seperti di bawah:

Sudah tentu, konsol ini akan dikeluarkan dengan “kuantiti yang terhad”, jadi jika anda ingin melihat konsol terbaru anda ini dicacah dengan perkataan “Project Scorpio,” anda harus membuat pra tempahan dengan segera.

sumber: dualshockers, theverge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.