Berita

Xbox Project Scorpio : Harga Pasaran Telah Didedahkan

Diolah oleh hang92

Pada tempoh yang lepas, Microsoft telah mendedahkan ciri-ciri seakan-akan komputer yang mengagumkan untuk konsol Project Scorpio yang akan datang ini, persoalan besar di fikiran pengguna ialah berapa kos yang akan dihasilkan oleh konsol ini.

Pengumuman rasmi mengenai harga Projek Scorpio mungkin akan diumumkan pada E3 2017 pada bulan Jun, tetapi ada pengguna di Sepanyol telah membocorkan harga ini lebih awal daripada jadual.

Harga awal ini telah dikesan oleh pengguna Twitter DesiXBL, dia menyatakan laman web XtraLife Sepanyol telah menyatakan harga untuk Projek Scorpio iaitu sebanyak € 399.99 (~ RM 2251.50) yang bermaksud jika teka harga ini adalah tepat, konsol ini berkemungkinan akan berharga $ 399.99 (~ RM 1760.36) di Amerika Syarikat.

Kebanyakan penganalisis telah meramalkan bahawa Projek Scorpio akan berharga $ 500 (~ RM 2200) sekurang-kurangnya, kerana kuasa dan keupayaan untuk sistem permainan ini merupakan dalam resolusi 4K.

Walaubagaimanapun, jika Microsoft boleh meletakkan harga konsol dengan harga RM 1760.36, ia boleh memberikan keuntungan yang signifikan ke atas persaingan mereka.

Selain daripada itu, Microsoft perlu memainkan peranan lain dalam menentukan kejayaan Scorpio jika mereka ingin memastikan bahawa permainan konsol mereka akan berjaya.

Image result for project scorpio

Buat masa ini, Microsoft tidak mempunyai banyak permainan eksklusif yang diumumkan untuk diterbitkan pada konsol Scorpio pada masa akan datang, tetapi mereka perlu berubah jika mahu melihat Scorpio kembali dengan gah.

Projek Scorpio akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

sumber : gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.