Berita

Xbox Scorpio : Bagaimana Projek Scorpio Menjadikan Permainan Xbox One Lebih Baik

Diolah oleh Konsol

Semalam dunia permainan video telah digemparkan dengan pengumuman dari pihak Microsoft mengenai spesifikasi Xbox Scorpio yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini

Baca Juga: XBOX SCORPIO: MICROSOFT MENDEDAHKAN SPEFIKASI PENUH, MENJANJIKAN PERMAINAN 4K DENGAN 60 FPS

Di atas kertas memang tidak dapat dinafikan bahawa Xbox Scorpio yang bakal dilancarkan adalah sebuah konsol permainan video berstatus raksasa.

Tetapi sejauh manakah spesifikasi yang diumumkan akan dapat membantu menambah baik permainan video di konsol Xbox apabila dimainkan? Mari sama-sama kita merungkai misteri ini

Melalui sumber yang didapati, terdapat beberapa cara Xbox Scorpio dapat menambah baik permainan video Xbox One atau Xbox 360 yang ada sekarang seperti :

  • Masa yang diambil untuk membuka sesuatu permainan tanpa sela masa yang panjang, dan kelancaran permainan yang lebih jitu. Ini semua jika dibandingkan dengan konsol Xbox yang tedahulu,  tidak terlalu memeranjatkan kerana lihat sahaja pada spesifikasi Xbox Scorpio.
  • Xbox Scorpio juga akan menampilkan sokongan pada GameDVR yang agak besar. Ini membolehkan pengguna Xbox Scorpio merakam kandungan 4k pada kadar 60 FPS. Disamping itu, keupayaan untuk merakam screenshot juga telah dipertingkatkan jika dibandingkan dengan konsol-konsol keluaran Microsoft sebelum ini.
  • Untuk permainan yang menyokong resolusi dinamik, Xbox Scorpio akan membolehkan pengguna untuk memainkan permainan jenis ini pada resolusi penuh tanpa mengurangkannya.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa, semua fungsi dan keupayaan Xbox Scorpio ini akan bergantung kepada compatibility pada setiap permainan yang dihasilkan.

Rumusan

Ini sedikit sebanyak info yang kami tahu setakat ini. Adakah Xbox Scorpio benar-benar akan mengubah persepsi pemain dan pembangun permainan video di masa akan datang?

Sama-sama kita nantikan ye 🙂

Sumber: The Verge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.