Berita Pilihan Kami

Xbox Scorpio: Microsoft Mendedahkan Spefikasi Penuh, Menjanjikan Permainan 4K Dengan 60 FPS

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Jika anda masih tertanya-tanya sejauh manakah kehebatan ‘Project Scorpio‘ Microsoft Xbox? Kini segala persoalan yang berkira-kira di fikiran anda akan terjawab.

Spesifikasi ‘Project Scorpio’ Microsoft telah didedahkan, dan berdasarkan spesifikasi ini, mungkin tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa konsol ini mampu menewaskan kemampuan Playstation 4 Pro dari segi hardware.

Semasa pengumuman ‘Project Scorpio‘ tahun lepas, Microsoft berjanji bahawa konsol ini akan hadir dengan kuasa pengkomputeran 6 teraflops dan Eurogamer telah mengesahkan bahawa Microsoft berjaya mencapai prestasi ini.

Lihat perbandingan spesifikasi Scorpio di bawah antara Xbox One dan PS4 Pro:

Perbandingan Spesifikasi

Seperti yang kita boleh lihat, Xbox Scorpio mendahului PlayStation 4 Pro hampir di setiap kategori. Berdasarkan spesifikasi ini juga, Scorpio bukan sahaja mempunyai potensi untuk memainkan permainan Xbox One dalam resolusi asli 4K, ia juga menawarkan penambahbaikan visual seperti kualiti grafik yang lebih tinggi dan framerates yang lebih lancar.

Demo ForzaTech (enjin pembinaan permainan) yang ditunjukkan kepada Eurogamer, beroperasi dengan resolusi asli 4K pada 60 frames sesaat dengan hanya menggunakan 60% – 70% daripada sumber konsol ini.

Apabila tetapan grafik dinaikkan bersamaan dengan tetapan ultra untuk permainan video Forza Motorsport Apex, Scorpio masih beroperasi dengan baik.

Sila lihat pada gambar di bawah.

Tetapan ultra Forza Motorsport Apex

Berbanding dengan PS4 Pro yang menggunakan teknik upscaling untuk memanfaatkan semua piksel tambahan pada TV anda dan membawa permainan hampir dengan 4K asal.

Project Scorpio pula mempunyai kuasa untuk menjalankan permainan dalam 4K secara asal pada 60 FPS dan menawarkan pengalaman asli 4K. Ini adalah satu ciri yang mampu memberi saingan yang hebat buat PS4 Pro.

“Pada dasarnya, Scorpio adalah lebih berkuasa maka ciri-ciri yang ditawarkan di PlayStation 4 Pro juga boleh dilakukan di Scorpio.” kata  Richard Leadbetter, Digital Foundry, dalam video temuramah ketika pendedahan eksklusif untuk Project Scorpio ini.

Kesimpulan

Tetapi spesifikasi hardware bukanlah satu penanda aras untuk menarik peminat para pemain. Tanpa permainan yang hebat untuk memaksimakan penggunaan spesifikasi tinggi yang ditawarkan, Xbox Scorpio juga mungkin akan mengalami masalah yang sama seperti di Xbox One yang mana seperti yang kita tahu Microsoft kurang memberi perhatian pada permainan eksklusif di konsol mereka berbanding Sony.

Walaupun begitu, nyata kelihatan Microsoft ingin mengungguli persaingan konsol dengan penambah baikkan drastik konsol mereka ke tahap baru yang lebih tinggi dengan Project Scorpio ini.

Konsol terbaru ini dijangka akan diperkenalkan sekitar hujung tahun ini. Bersama-samalah kita nantikan.

Sumber : wccftech, engadget

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.