Imbasan

[XBOX] Siri Permainan Halo Pilihan Kami

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Kehadapan pemain Xbox, kami sekadar ingin bertanya benarkah siri Halo ini amat menyeronokkan untuk dimainkan?

Jika benar boleh jikanya anda berkongsi pandangan mengenai siri Halo terbaik dan seterusnya dijadikan pilihan peribadi anda?

Disini kami senaraikan permainan siri Halo yang menjadi pilihan kami, kami senaraikan bermula daripada siri permainan yang betul-betul kami minat sehingga kepada kurang kami minat mengikut turutan nombor. Bagi anda bagaimana? Setujukah anda dengan pilihan kami?

1 – Halo Wars 2 (2017)

Permainan ini dimulakan selepas 28 tahun peristiwa Halo Wars berlaku. Halo Wars Guardian kemudiannya memasuki cryosleep dan berlepas ke angkasa lepas.

Sejak peristiwa perang itu, perang antara manusia dan tentera perikatan yang dikenali sebagai Convenant telah berakhir, dan Spirit of Fire telah diisytiharkan hilang di angkasa lepas.

Walaupun Spirit of Fire masih di dalam ruang angkasa, Kapten James Cutter (Gideon Emery), Profesor Anders (Faye Kingslee) dan anak-anak kapal di atas kapal Spirit of Fire dibangunkan dari cryosleep di Ark.

Apa kesudahan peperangan ini dalam mencari Spirit of Fire? Hanya anda yang bermain sahaja yang tahu.

2 – Halo Wars (2009)

Pada abad ke-26 secara tepat lagi pada tahun 2525, kesemua makhluk asing melancarkan peperangan untuk menyerang manusia, mengisytiharkan manusia merupakan satu penghinaan kepada tuhan-tuhan mereka.

3 – Halo 5 : Guardians (2015)

Fireteam Osiris dikerahkan ke sebuah planet yang dikawal oleh Kamchatka untuk membawa pulang Halsey,di mana dia mendakwa mempunyai maklumat mengenai satu siri serangan kepada beberapa dunia manusia.

Pasukan ini berjaya dalam mendapatkan semula Halsey dan telah menghapuskan pemimpin Jul ‘Mdama, Halsey selepas itu memberitahu mereka bahawa ancaman baru akan muncul.

4 – Halo 2 (2004)

Armada Covenant muncul di luar perimeter pertahanan Bumi dan bermula menyerang planet bumi.

Walaupun UNSC berjaya menangkis kebanyakan serangan, satu kapal Covenant yang membawa seorang ahli penting dalam hierarki Covenant, Pegawai Tinggi Regret telah menyerang bandar New Mombasa.

5 – Halo 4 (2012)

Puak Covenant percaya bahawa dengan mengaktifkan Halos akan membawa keselamatan, dan bukan kemusnahan. Manusia super iaitu John-117, bersama-sama dengan kecerdasan buatan sahabat beliau Cortana, memainkan peranan penting dalam menghentikan Halos dari diaktifkan dari sekali lagi daripada mengancam galaksi.

Pada akhir Halo 3, Leader dan Cortana dibiarkan terkandas di ruang yang tidak diketahui di atas kapal Forward To Dawn.

Sebahagian besar daripada permainan ini banyak berlaku di Stesen Research Ivanoff iaitu pangkalan manusia yang dalam orbit mengelilingi Halo Ringworld Installation 03.

6 – Halo 3: ODST (2009)

Dalam permainan ini, Buck telah membuat pendaratan selepas terjunam dan seterusnya berperang dengan askar Covenant untuk mencari Dare.

Tidak lama selepas itu, dia menjumpai Romeo dan Mickey yang merupakan pemandu kereta berperisai dan terus berlawan di sepanjang jalan di Mombasa.

Sekembalinya mereka di bandar, Rookie dibantu oleh Virgil, membawa beliau ke kedudukan Dare. Mereka telah menemui seorang Jurutera Covenant. Jurutera tersebut dengan berani memberitahu bahawa Engineers adalah “superkomputer biologi” yang telah diperhambakan oleh Covenant dan mereka berhasrat untuk berpaling tadah kepada manusia.

7 – Halo: Combat Evolved (2001)

Mod split-screen membolehkan dua pemain untuk bekerjasama bermain melalui kempen, Permainan ini juga termasuk mod lain seperti multiplayer yang kompetitif yang boleh dimainkan dua atau sehingga 16 pemain.

Atau empat pemain boleh memainkan split-screen pada satu Xbox, dan pemain lain boleh menyertai menggunakan ciri “Sistem Link” yang membolehkan sehingga empat konsol Xbox disambungkan bersama-sama secara serentak.

Talian kabel internet LAN diperlukan untuk mencapai had 16 pemain permainan. Permainan ini dianggap tidak praktikal oleh para pengkritik. Namun Halo siri ini diterima dengan baik oleh kebanyakkan pengkritik, dan ia secara dianggap sebagai salah satu permainan multiplayer terbaik sepanjang masa.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.