Berita

Yakuza Kiwami 2 Disahkan Untuk PS4

Yakuza-Kiwami-2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pembuatan semula Yakuza 2 yang asal dijangka akan hadir sekitar tahun ini ke PS4, dan juga akan mempunyai beberapa edisi terhad menarik yang akan ditawarkan ketika pelancaran permainan ini kelak.

Yakuza Kiwami 2 tertiris di atas talian beberapa hari lalu dengan kebocoran di PSN Taiwan dan kini Sega telah mengumumkan bahawa pembuatan semula sememangnya akan hadir ke pasaran, bersama dengan tajuk permainan baru Fist of the North Star dan Yakuza Online.

Gematsu melaporkan permainan ini sedang dibangunkan dengan menggunakan Dragon Engine yang sama digunakan untuk Yakuza 6, dan akan menyertakan senario baru dengan penambahan jalan cerita baru dan watak-watak yang boleh dimainkan.

Versi edisi terhad akan mengandungi permainan, tiga cakera Kiwami yang ditetapkan dengan lagu dan dua CD berdasarkan Kazuma Kiryu dan Majima Goro, 10 kad nama watak, kandungan yang boleh dimuat turun termasuk pakaian eksklusif, senjata, watak dan satu juta yen dalam permainan, tema PS4 dan avatar PS4, dan pembungkusan edisi terhad.

Yakuza Kiwami 2 akan hadir pada 7 Disember di pasaran Jepun. Setakat ini, tidak ada tarikh rasmi untuk pengeluaran di rantau lain.

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.