Berita

Yakuza Kiwami : Remake Permainan Klasik PS2 Ini Akan Hadir Ke PS4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sega telah mengumumkan bahawa tajuk permainan eksklusif PlayStation 4 mereka, Yakuza Kiwami akan berada di pasaran Eropah dan US pada 29 Ogos 2017, juga dengan edisi terhad steelbook

Yakuza Kiwami adalah remake untuk Yakuza asal yang dikeluarkan di PlayStation 2 pada tahun 2005. Memulakan debutnya tahun lalu di Jepun, Yakuza Kiwami memperkenalkan grafik yang dipertingkatkan dan rakaman semula audio dalam bahasa Jepun.

Beberapa pilihan permainan mini baru juga telah ditambah, meningkatkan lagi bilangan aktiviti yang boleh diambil bahagian di dalam permainan. Yakuza Kiwami juga menambah hampir 30 minit cutscenes, memberikan maklumat baru ke dalam plot permainan dan mewujudkan kaitan dengan siri prequel Yakuza 0.

Permainan ini akan dilancarkan dalam bentuk cakera Blu-ray dan digital pada harga $29.99 (RM 132.80 tukaran terus). Pihak Sega juga turut melancarkan laman web baru untuk siri Yakuza, menyampaikan kisah siri ini melalui garis masa dan watak peta interaktif.

Juga dipaparkan di laman web ini adalah komik digital 10-episod yang pertama, menceritakan peristiwa penting di dalam siri ini yang akan membawa kepada Yakuza 6: The Song of Life, tajuk yang dikeluarkan pada tahun depan.

Sumber: PlayStation Blog

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.