Ura-ura

Yakuza Zero – Permainan Eksklusif untuk Sony PS4

Diolah oleh Along Naz

Pernah berangan-angan untuk menyertai ahli Yakuza di Jepun? 

Tokyo 1988. Semua orang bercita-cita untuk menjadi kaya, dikelilingi perempuan-perempuan cantik, dan kuasa untuk menakluki bandar.

Permainan ini berkonsepkan dunia yang terbuka, juga diselitkan pengembaraan watak dalam permainan video dan juga merupakan prekuel kepada siri permainan Yakuza sebelum ini di PS3, yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Sega.

Bergaduh sakan di sepanjang Tokyo dan Osaka bersama watak protagonis Kazuma Kiryu dan Goro Majima. Bermain sebagai Kazuma Kiryu dan ketahui bagaimana dia mencari dirinya di dalam dunia yang penuh dengan masalah apabila tugas mengutip hutang yang biasanya mudah bertukar menjadi satu masalah besar sehingga menyebabkan boleh berada di dalam situasi untuk dibunuh. Kemudian, teroka kehidupan normal sebagai Goro Majima sebagai tauke kelab hiburan — ini pastinya menarik

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.