Android & iOS

Zlatan Ibrahimovic Mengumumkan Permainan Telefon Mudah Alih Terbaru ‘Zlatan Legends’

Diolah oleh hang92

Zlatan Ibrahimovic telah mengumumkan bahawa dia akan membintangi sebuah permainan telefon mudah alih terbaru di dalam sebuah video iklan yang penuh dramatik dimana di dalam video tersebut dia memakai baju zirah ala-ala Ironman.

Video yang berdurasi 1 minit ini dimulakan dengan fokus kamera kepada baju zirah tersebut, dan ditemani dengan muzik aksi dan juga disulami dengan suara Zlatan Ibrahimovic.

Pembangun permainan daripada Sweden, studio ISBIT Games menerangkan permainan ‘Zlatan Legends’ sebagai permainan ‘permainan yang memerlukan gerak pantas dan penuh aksi yang dimainkan di angkasa’

Kita saksikan video tersebut di bawah.

Zlatan Ibrahimovic kini sedang mengalami kecederaan lutut yang serius di Manchester United sejak April lepas. Adakah permainan ini merupakan projek terbaru dia sambil dia sedang berehat daripada kecederaan?

Zlatan telah menjaringkan sebanyak 28 di dalam musim pertama dia bersama dengan Manchester United sebelum berhadapan dengan kecederaan. Kecederaan ini hasil daripada perlawanan Liga Europa berlawan Anderlecht.

sumber: dailymail UK

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.